Joomla TemplatesWeb HostingWeb Hosting
SEKOLAH KU.... SEKOLAH SELAMAT...

Home

Halaman Rasmi SMK Raja Muda Musa

Ujian Bulanan 1

Berita - Mac 2010

 

Minggu ini (8-12/03/2010) merupakan minggu ujian bulanan 1.

 

Selamat Datang

Berita - Mac 2010

 

Warga SMK Raja Muda Musa mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Norlaili Bt. Rabat yang baru berpindah ke sekolah ini. Puan Norlaili berpindah dari SMK Sg Besar dan sepatutnya mula bertugas pada awal tahun ini namun bercuti kerana melahirkan cahaya mata. Tahniah dari warga sekolah atas kelahiran cahaya mata beliau.

 

Minggu Bahasa Melayu

Berita - Februari 2010

 

Minggu ini merupakan hari pelancaran Minggu Bahasa Melayu SMKRMM 2010. Minggu Bahasa Melayu telah pun berjalan bermula 8 Februari yang lalu dan akan berakhir pada 26 Februari in. iPenolong Kanan Puan Hajjah Aspuriah Masoad telah merasmikan minggu Bahasa Melayu tahun ini. Sempena Minggu Bahasa Melayu ini, pelbagai aktiviti dijalankan.  Semua pelajar SMKRMM adalah digalakkan menyertainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

Tingkatan Peralihan: Pertandingan Membaca Lancar

Tingkatan 1 : Pertandingan  Membuat kad ucapan

Tingkatan 2 : Pertandingan Menulis Grafik Mutiara Kata

Tingkatan 3 : Pertandingan Mencipta Pantun 4 kerat

Tingkatan4 : Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Tingkatan 5 : Kuiz Komsas

Tingkatan 6 : Pertandingan Penyelidikan Terbaik

Kategori Terbuka : Pertandingan Pidato dan Berbalas Pantun

Last Updated (Monday, 08 March 2010 01:18)

 

Gong Xi Fa Cai

Berita - Februari 2010

 

Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya. Sempena tahun baru cina, sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Sabtu 13 Feb sehingga Ahad 21 Feb.

 

Program 3 Dalam 1

Berita - Februari 2010

Isnin 8 Februari 2010; pada perhimpunan minggu ini 3 majlis utama telah dijalankan. Majlis pertama adalah majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas SMKRMM sesi 2010. Majlis kedua adalah majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas pusat sumber sekolah. Majlis ketiga yang dijalankan adalah majlis penurunan kuasa merotan bagi guru-guru disiplin. Ketiga-tiga program ini telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran Puan Hajjah Aspuriah Masoad. Semoga semua pelajar dan guru yang telah dilantik secara rasmi ini akan menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah demi meninggikan lagi nama SMK Raja Muda Musa. sila lihat slaid aktiviti 2010.....

Last Updated (Friday, 12 February 2010 00:49)

 

Acara Akhir Sebelum Sukan Tahunan

Berita - Februari 2010

Acara-acara sukan sebelum hari Sukan Tahunan sekolah pada hari Sabtu(6 Feb.2010) ini telah bermula hari ini. Antara acaranya lompat kijang, lempar cakera dan acara-acara larian. Acara-acara sukan sebelum hari Sukan Tahunan akan berlangsung sehingga Khamis ini.

Last Updated (Sunday, 07 February 2010 13:53)

 

Mesyuarat PIBG kali ke 35 2010

Berita - Januari 2010

Mesyuarat PIBG kali ke 35 telah diadakan di dewan SMKRMM hari ini. Buat pertama kalinya juga dewan terbuka di luar dewan utama digunakan. Kehadiran ibu bapa dan guru amat memuaskan. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Encik Abdul Hamid Takat. Ahli laman web sekolah boleh melihat gambar-gambar pada mesyuarat ini pada ruangan kategori slaid 2010.

Last Updated (Saturday, 23 January 2010 22:11)

 

Mesyuarat Ketua-Ketua Panitia

Berita - Januari 2010

Rabu (20 Januari 2010) Satu mesyuarat ketua-ketua panitia telah di adakan di bilik gerakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh PK Puan Hajjah Aspuriah. PK Hem En.Noraziz Daldiri turut hadir. Mesyuarat bertujuan  bagi melancarkan pengurusan setiap panitia pad tahun ini. Bermula pada tahun ini juga, satu sistem fail yang baru diwujudkan bertujuan agar pengurusan panitia yang lebih lancar, kemas dan cekap.

Last Updated (Wednesday, 20 January 2010 20:48)

 

Merentas Desa

Berita - Januari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 peringkat SMKRMM telah dijalankan dengan jayanya. Seawal pagi para pelajar pelajar berkumpul di tapak perhimpunan . Kejohanan ini telah berjalan dalam lingkungan masa satu setengah jam. Rumah Kuning pada tahun ini telah berjaya menjadi johan diikuti rumah biru, hijau dan merah. Tahniah kepada rumah kuning. Rumah kuning diketuai oleh Ustaz Nasir bagi sesi pagi dan Cikgu Farid bagi sesi petang. Gambar-gambar sekitar kejohanan akan di muat naik tidak lama lagi..

Last Updated (Saturday, 16 January 2010 23:20)

 

Mesyuarat Ketua & Penolong Ketua Tingkatan

Berita - Januari 2010

Selasa 12 Januari 2010- Satu mesyuarat ketua & Penolong ketua tingkatan (tingkatan 3 hingga 6)  telah diadakan di Makmal Komputer SMKRMM. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh ketua dan penolong ketua tingkatan. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Puan Hasfariza Hashim selaku setiausaha Jawatankuasa Disiplin sekolah. Tugas-tugas ketua dan penolong ketua tingkatan  boleh diperoleh di bahagian muat turun.

Last Updated (Thursday, 14 January 2010 00:33)

 

Sambutan Maulidur Rasul

Berita - Mac 2010

 

Sabtu 6 Mac 2010. Sabtu lalu merupakan minggu perjumpaan bagi semua unit uniform sekolah. Berikut itu pihak sekolah telah melakukan berbagai aktiviti iaitu sempena menyambut Maulidur Rasul S.A.w. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah melukis banner, ceramah Maulidur Rasul dan lain-lain lagi.

Last Updated (Tuesday, 09 March 2010 11:08)

 

Bayaran Tambahan Persekolahan 2010

Berita - Februari 2010

Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa, guru dan pelajar, pihak sekolah akan mula mengutip bayaran tambahan persekolahan 2010. Bayaran yang perlu dibayar adalah seperti berikut.

1. kokurikulum     RM 6.00

2. kertas ujian dalaman     RM 10.00

3. sukan tahunan sekolah     RM 6.00

4. kegiatan pendidikan Islam (pelajar Islam) / 

pendidikan moral (pelajar bukan Islam)     RM 6.00

5. MSSM     RM 4.00

6. Insuran takaful    RM 1.50

Jumlah besar RM 33.50

Di samping itu bayaran lain yang turut akan dikutip adalah seperti berikut;

1. PIBG     RM 20.00

2. SPK PMR (pelajar tingkatan 3)    RM 30.00

3. SPK SPM (pelajar tingkatan 5)     RM 40.00

4. SPk STPM (pelajar tingkatan 6)     RM 40.00

5. Majalah sekolah (Semesra)     RM 12.00

SEMUA BAYARAN AKAN MULA DIKUTIP SELEPAS CUTI TAHUN BARU CINA 2010 INI... sekian untuk makluman..

Last Updated (Tuesday, 16 February 2010 21:06)

 

Cahaya Mata

Berita - Februari 2010

 

Tidak terlambat rasanya untuk semua warga SMK Raja Muda Musa mengucapkan tahniah kepada Ustazah Atikah Zainal Abidin yang telah melahirkan cahaya mata ke 4 baru-baru ini. Tahniah juga kepada suami beliau yang juga guru di sekolah ini Cikgu Nor Asli Mad Jub. Semoga dengan kelahiran cahaya mata terbaru ini semakin bertambah rezeki mereka sekeluarga..InsyaAllah... Tahniah sekali lagi dari semua warga SMK Raja Muda Musa

 

Sukan Tahunan Kali Ke 35

Berita - Februari 2010

 

Sabtu 6 Februari 2010. Sukan Tahunan Kali ke 35 SMK Raja Muda Musa telah berjaya dijalankan dengan penuh jayanya. Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Pada tahun ini  rumah Hijau berjaya mengekalkan kejuaraan mereka pada tahun lalu. Rumah Biru mendapat tempat kedua ikuti rumah Merah dan rumah Kuning. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus seawal tahun ini dalam memastikan sukan tahunan sekolah kali ke 35 berjalan seperti dimahukan.

Last Updated (Tuesday, 09 February 2010 12:26)

 

Sukantara 2010 bermula

Berita - Januari 2010

 

Sukantara telah bermula Rabu 27 Januari dan Khamis 28 Januari 2010. hari rabu merupakan sukantara bagi rumah merah dan biru manakala Khamis bagi rumah hijau dan kuning. Selamat mengumpul mata diucapkan kepada semua guru dan pelajar.

Last Updated (Monday, 01 February 2010 20:54)

 

Mesyuarat 3K

Berita - Januari 2010

Khamis (21 Janauari). Mesyuarat 3K (Kebersihan, Keselamatan ddan Keceriaan) diadakan di Bilik Gerakan dan dipengerusikan oleh PK Hem, Encik Noraziz Daldiri. Dihadiri juga PK Pentadbiran , PK Kokurikulum dan guru-guru yang kebanyakannya merupakan ketua-ketua panitia dan guru kelas. Mesyuarat antara kain  membincangkan tentang ketiga-tiga aspek 3K terutamanya pengurusan kelas dan sebagainya.

 

Minggu Ke 3 persekolahan

Berita - Januari 2010

Perhimpunan pada minggu ke tiga ini membicarakan banyak perkara. Antara yang disebut termasuklah latihan rumah-rumah sukan bermula isnin hingga khamis ini. Selain itu para pelajar digalakkan untuk mendaftar sebagai laman web sekolah. Perkara berkaitan laman web yang tidak disebut adalah, pendaftaran yang dibuat mengambil masa untuk disahkan oleh webmaster. Ini bergantung kepada masa webmaster memasuki laman web sekolah. Selain itu seramai 35 orang pelajar tingkatan 4 2010 menerima cenderahati daripada Panitia Matematik dan Sains atas kecemerlangan mereka mendapat A dalam kedua-dua matapelajaran tersebut semasa PMR yang lepas. Cenderahati disampaikan oleh PK Pentadbiran Puan Hajjah Aspuriah Masoad dan Ketua Bidang Sains matematik Puan Norsiah Abu Samat. Para pelajar dan guru juga dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu ini 23 Januari ini adalah Mesyuarat PIBG. Ibu bapa pelajar adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Pada minggu ini juga seramai 6 orang guru pelatih UPSI dan 2 orang guru pelatih UNISEL mendaftar ke sekolah ini. Mereka semua merupakan guru pelatih semester akhir universiti masing-masing.

 

Latihan Merentas Desa (1)

Berita - Januari 2010

Selasa 12 Januari 2010. Latihan merentas desa kali pertama 2010 telah berjaya dijalankan bermula 3.30 petang.  Secara keseluruhannya latihan telah berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun satu berita cemas kemudian di laporkan di mana pelajar 1 Gigih Muhd.Fitri Bin Muhd Said telah terjatuh ketika berlari. Ini mengakibatkan beliau telah mengalami patah tangan. Cikgu Sapari dan Cikgu Ayob kemudian mengambil langkah segera dengan menghantar Muhd Fitri ke klinik Ijok bagi mendapatkan rawatan. Muhd.Fitri kemudiannya dihantar ke hospital Sungai Buluh bagi rawatan lanjut.

Last Updated (Thursday, 14 January 2010 00:32)

 

MGK Sesi 2010

Berita - Januari 2010

Mesyuarat perlantikan Majlis Guru dan kakitangan telah diadakan sejurus selesai mesyuarat merentas desa. Terima kasih dan tahniah kepada AJK lama MGK 2009 yang di ketuai oleh Ustaz Mohd.Nasir atas segala aktiviti yang telah dirancang dan berjalan dengan jayanya. Pada sesi 2010 ini Encik Azlirul Azwan telah dilantik sebulat suara bagi mengetuai AJk yang rata-ratanya adalah gabungan guru-guru baru dan berpengalaman. Encik Azlirul dalam ucapan sulungnya selaku pengerusi mengharapkan sokongan daripada semua pihak dalam menjayakan aktiviti MGK yang bakal dirancang kelak..Satu senarai lengkap ahli MGK yang baru akan dipaparkan di laman web ini sedikit masa lagi.

Last Updated (Tuesday, 12 January 2010 00:12)

 
Pentadbir

Daftar Ahli
Baca & Dengar

Buletin

Undian
Adakah penting sekolah mempunyai laman web?
 
Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday47
mod_vvisit_counterYesterday152
mod_vvisit_counterThis week476
mod_vvisit_counterLast week1065
mod_vvisit_counterThis month1438
mod_vvisit_counterLast month3736
mod_vvisit_counterAll days11982

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 38.107.191.94
,
Today: Mar 10, 2010
Mesej Anda

Klik Untuk Chatting

Lokasi Pengunjung
pakej web pendidikan

Spesifikasi
1. domain edu-my.net
(contoh: www.smkst.edu-my.net).
2. RM199 setahun (bayaran permulaan juga RM199)
3. 1 GB storage
4. 50 halaman
5. Modul lengkap (soft copy) pembinaan laman web
- 50 mukasurat (DIY-do it yourself)
6. Tapak menggunakan joomla
7. Perkhidmatan lepas jualan tanpa had masa
- (call or email)
8. Bengkel / kursus (jika diperlukan dengan bayaran
yang tidak mungkin anda bayangkan)

*** Berminat - email ke sppangsess@gmail.com sppangsess@yahoo.com (0133553231)

Info Terkini

MINGGU BAHASA MELAYU

8 Feb- 26 Feb. 2010

 

 

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2010

Dapatkan senarai bayaran tambahan persekolahan 2010 di ruangan muat turun.

 

Ahli Laman Web

Semua pengunjng digalakkan menjadi ahli laman web sekolah ini. Terdapat banyak bahagian yang khusus untuk ahli berdaftar.

 
Guru Bertugas

(22- 26 Februari 2010)

En. Kamaruzaman Bin Che Jaafar

Puan Izmafaizu Binti Norizad

Puan Noor Adina Bt Hassan

Puan Norlaily Bt. Osman

Guru Penyayang
nor asiah bt manan.jpg
Guru Ceria
siti jaemah wagiman.jpg
Ranking web

Ranking Web Pendidikan

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Berapa di talian
We have 4 guests online
Kalendar
Lanskap sekolah
Tepatilah Masa

Hikmahnya Kata

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat. - Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. - I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. - Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad

 

Hari Lahir (Mac)

Encik Nor Asli Md.Jub 09/03/72

Encik Wan Syahmi Wan Mahmood 16 /03/76

Puan Hasfariza Hashim 22/03/76

Puan Rozana Lela Bani Amin 24/03/73

Puan Rosinah Sungip 25/03/64

Puan Kamariah Hanafi 7/03/68