Tuesday, Sep 07th

Last update11:45:40 AM GMT

You are here::

Lajunya waktu..

Pentadbir

Makluman

Sejarah laman Web SMKRMM

E-mail Print PDF

SEJARAH LAMAN WEB SEKOLAH

Sejarah laman web sekolah sebenarnya telah bermula pada tahun 2004 lagi. Semasa itu alamat url sekolah ini adalah http://www.smkrmm.edu.com.my. Pengetua sekolah pada masa itu Tuan Haji Mohamed Mahmood telah membeli laman web sekolah daripada sebuah syarikat di mana syarikat tersebut dipertanggungjawab membina dan menguruskan laman web sekolah. Namun begitu, laman web tersebut terbiar begitu sahaja tanpa adanya tindakan susulan daripada syarikat tersebut bagi mengajar guru sebagai administrator web sekolah. Perkara ini menyebabkan tiada kemaskini (update) dapat dilakukan.

Pada tahun 2006, pengetua sekali lagi telah membeli laman web yang baru menggunakan tapak whizz portal. Laman web dengan urlnya http://smkrmm.dsekolah.edu.my dibeli pada awal suku tahun 2006 ini diuruskan oleh Cikgu Hamdan Haji Muhammed Idris sebagai administratornya yang pertama. Laman web ini juga hampir menerima nasib yang sama seperti laman web yang pertama di mana telah terbiar selama hampir setengah tahun selepas itu. Ianya berlaku kerana kekurangan masa dan ilmu yang dihadapi oleh adminstrator. Walaubagaimanapun selepas itu, laman web sekolah telah dibina selepas itu dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Haji Mohammed pada bulan Disember 2006 dalam mesyuarat guru kali pertama 2007. Di bawah merupakan paparan pertama laman web sekolah tersebut.

Laman web sekolah ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan guru ketika itu. SMK Raja Muda perlu diingati sebagai sekolah menengah pertama di daerah Kuala Selangor yang mempunyai laman webnya sendiri. Perkara ini adalah berkait rapat dengan Tuan Pengetua yang begitu meminati bidang ICT. Berikut merupakan kata-kata aluan beliau bagi laman web sekolah ;

“ Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan IzinNya website SMKRMM yang kedua telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Usaha dalam menghasilkan website sekolah ini adalah satu usaha pihak pentadbiran sekolah dalam menjadikan ICT sebagai salah satu cara menjadikan warganya celik IT. Usaha ini juga bertujuan bagi melengkapkan SMKRMM kearah menjadikannya Sekolah Bestari suatu hari kelak. Kepada para pendidik dan guru, marilah bersama-sama menjadikan website SMKRMM sebagai salah satu laman web yang mesti dilawati. Semoga semua usaha kita dalam menjadikan SMKRMM bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang akan diberkati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah… sekian.â€

Paparan hadapan laman web sekolah sentiasa berubah, ini kerana adminstrator tidak begitu gemar akan paparan yang sama sahaja. Paparan berubah tidak kira masa bergantung kepada administrator sendiri. Di bawah antara perubahan yang boleh dilihat ;

 

Adalah dianggarkan pada ketika itu, ahli laman web sekolah termasuk guru ,pelajar da masyarakat sekitar telah berjumlah melebih 350 orang. Ahli pertama daripada kalangan guru adalah Puan Norsuhaida Ismail dan dari kalangan pelajar adalah Nurfarahin Mad Arip (Tingkatan 5 2009).

Laman web telah mengalami perubahan besar pada tahun 2008 di mana adminstrator telah memohon kepada pengetua untuk menggantikan laman web sekolah kepada yang baru. Ini bermakna alamat urlnya telah bertukar. Penukaran laman web ini bermakna, laman web baru menggunakan tapak php-fusion sebagai asasnya. Penukaran ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebab utama adalah pada masa itu proses untuk membuka halaman web sekolah adalah begitu lambat sekali dan pelbagai rungutan diterima daripada ramai pihak. Kelambatan untuk halaman sekolah dibuka adalah kerana laman web sekolah disimpan oleh server tumpangan. Oleh kerana begitu banyak rungutan dan memeningkan kepala adminstrator , maka Tuan Pengetua telah bersetuju agar penukaran di buat. Maka pada tahun pertengahan tahun 2008, laman web sekolah telah bertukar nama kepada http://www.smkrmm.edu-my.net. Pertukaran ini juga bermaksud, administrator terpaksa membina laman web yang baru sepenuhnya dan ini telah mengambil masa yang agak lama. Walaubagaimanapun ianya gagal berfungsi baik kerana administrator gagal menguasai tapak fusion ini dan perubahan tapak terpaksa dilakukan dengan menggunakan pula tapak joomla. Ianya berjaya dilakukan ditambah dengan tapak web joomla ini menawarkan aplikasi yang banyak , menarik dan berguna.

Pada pertengahan tahun 2009, laman web sekolah telah menerima ujian di mana ia telah diserang oleh hacker. Laman web sekolah telah diistiharkan sebagai sebuah laman yang mempunyai virus oleh google. Adalah dipercayai, laman web sekolah dikatakan sebagai laman web yang mempunyai unsur-unsur lucah. Perubahan dilakukan dengan menukar alamat urlnya kepada http://www.smkrmm2.edu-my.net . Namun begitu semua bahan yang terdapat di alamat sebelumnya berjaya diselamatkan. Alamat web sekolah ini telah bertahan sehingga akhir April 2010 kerana pada awal Mei 2010 sekali lagi laman web sekolah telah diserang oleh hacker. Serangan kali ini begitu teruk sehingga menghilangkan kesemua bahan yang terdapat di dalamnya. Ini bermakna bahan-bahan yang adalah lebih setahun telah hilang begitu sahaja. Sekali lagi pada kali ini adminstrator telah membuat semula laman web sekolah ini dan menggunakan semula alamat laman web yang lama itu http://www.smkrmm.edu-my.net. Adalah diharapkan web sekolah ini dapat bertahan dan kerja-kerja penambahbaikan masih, sedang dan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Administrator amat mengharapkan sumbangan idea daripada semua pihak agar laman web sekolah ini boleh menjadi laman web yang terbaik, bermanfaat, berinformasi dan berguna tidak sahaja kepada warga SMK Raja Muda Musa malah kepada sesiapa sahaja yang melayarinya.

 

(ditaip pada 31 Mei 2010; 1.35 a.m)

Hamdan Bin Haji Muhammed Idris

 

 

 

 

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini191
mod_vvisit_counterSemalam351
mod_vvisit_counterMinggu Ini730
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1717
mod_vvisit_counterBulan Ini1707
mod_vvisit_counterBulan Lepas6553
mod_vvisit_counterKeseluruhan18895

We have: 3 guests, 3 bots online
No: 38.107.191.88
 , 
Hari Ini: Sep 07, 2010

PANORAMA (KLIK UNTUK ZOOM)

dsc07719.jpg dsc07718.jpg dsc07733.jpg dsc07730.jpg dsc07747.jpg dsc07750.jpg dsc01772.jpg dsc07714.jpg dsc07725.jpg dsc07736.jpg

Chat

Berita Pilihan

Blog Pilihan

Sila Buat Pilihan

Pelbagai

Pakej Web

Spesifikasi

1. domain edu-my.net (contoh: www.smkst.edu-my.net).

2. RM199 setahun (bayaran permulaan juga RM199)

3. 1 GB storage

4. 50 halaman

5. Modul lengkap (soft copy) pembinaan laman web - 50 mukasurat (DIY-do it yourself)

6. Tapak menggunakan joomla

7. Perkhidmatan lepas jualan tanpa had masa - (call or email)

8. Bengkel / kursus (jika diperlukan dengan bayaran yang tidak mungkin anda bayangkan)

 

*** Berminat - email ke sppangsess@gmail.com / sppangsess@yahoo.com / sppangsess75@gmail.com (0133553231)

Webmaster

Hamdan Bin Haji Muhammed Idris

Blog

http://rmmict.blogspot.com

Tel: 013-35532321

Facebook : Hamdan Idris

Twitter : sppangsess

Skype : dansess75

Member's to..

Mula bertugas di SMKRMM pada 16 Mei 2004

Antara tugas dan pengalaman

1. Penyelaras Bestari / ICT

2. Guru ICT tingkatan 4 dan 5 sejak 2006

3. Ketua Panitia ICT

4. Penyelaras Makmal komputer

5. AJK ICT daerah

6. Timb.Pengerusi Panitia ICT Negeri Selangor 2009


 

Tahukah Anda??

Tahukah anda, kelab angkat berat SMKRMM telah ditubuhkan pada pertengahan 2008. Kelab angkat berat SMKRMM yang diberi nama T-REX Team ini merupakan satu-satunya kelab atau pusat latihan angkat yang bertempat di sekolah harian di MALAYSIA !!! Kelab angkat berat ini diterajui oleh Cikgu Azhar Osman sebagai pengurus dan Cikgu Ahmad Fazlan Gazali sebagai jurulatihnya. Cikgu Ahmad Fazlan merupakan bekas atlit angkat berat negara dan antara pencapaian gemilang beliau antara mendapat pingat perak di sukan Komanwel Manchester 2002 dan pelbagai lagi gelaran. Kelab angkat berat yang disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah turut mendapat bantuan terus dari pihak Majlis Sukan Negara (MSN). Seawal 2009, hasil telah diperoleh di mana dalam kejohanan angkat berat Sukan Selangor ke 8 , atlit-atilit angkat berat sekolah telah membawa pulang pelbagai gelaran. Adalah diharapkan kelab ini akan terus maju apatahlagi pada tahun 2010 ini, dua orang atlit sekolah telah mendapat tempat sebagai atlit angkat berat negeri Selangor dan bertanding di kejohanan SUKMA Melaka 2010. Logo kelab angkat berat pula telah dicipta oleh Cikgu Wan Syahmi Wan Mahmood.

Pengurus

Jurulatih


Tema Hari Guru

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Logo Hari Keb.

 

Pengunjung

Locations of visitors to this page

Kata-Kata Hikmah
11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 12.Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap. 13.Alang-alang mandi biar guna sabun 14.Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras 15.Cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa-apa pun 16.Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang… bisu 17.Hidup segan mati di tanam 18.Ikut hati mati, ikut rasa merasa 19.Lembu punya susu cap teko dapat nama 20.Sehari selambar benang lama-lama benang habis 21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik) 22.Hendak seribu daya, tak hendak tak apa 23.Membujur lalu melintang pukang 24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan 25.Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut 26.Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili 27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!! muhaha~~~

Hari lahir (September)

Puan Hajjah Norlida (3 Sept.62)

Puan Rizana Jamil (10 Sept.72)

Puan Hajjah Aspuriah (10 Sept.62)

Puan Norizah Abd. Hamid (13 Sept.66)

Puan Haizuizwa Masri (14 Sept.82)

Puan Sharumi Salleh (18 Sept.81)

En. Imran Nayan (19 Sept.79)

Puan Masnom Jurame (02 Sept.60)

Puan Azura Masdin (06 Sept.84)

En. Arasan a/l Nadeson (10 Sept.55)

Sudoku

Bulan Kemerdekaan

toolbar powered by www.mit3xxx.de